Rumah terbuka hari raya erat perpaduan kaum di Labuan [ 9m ago ]

Tokayev angkat sumpah sebagai Presiden Kazakhstan

Tarikh kemaskini: 12/06/2019
NUR-SULTAN (Kazakhstan), 12 Jun (Bernama) -- Kassym-Jomart Tokayev pada Rabu mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Kazakhstan yang baharu, lapor agensi berita Sputnik.

"Saya berikrar akan berkhidmat dengan penuh kesungguhan demi rakyat Kazakhstan serta mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara di samping menjamin hak dan kebebasan rakyat, sebagaimana kepercayaan yang telah diberikan kepada saya," kata Tokayev.

Pilihan raya presiden menyaksikan Tokayev menang dengan memperoleh hampir 71 peratus undi.

Tokayev dilantik sebagai presiden pada akhir Mac selepas peletakan jawatan oleh Nursultan Nazarbayev.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu