Terengganu drawbridge closes for commissioning works [ 2m ago ]

Dr Mahathir ucap tahniah kepada Modi atas kemenangan dalam pilihan raya India

Tarikh kemaskini: 26/05/2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi atas kemenangan bersejarahnya dalam pilihan raya Lok Sabha (dewan rendah parlimen) 2019.

Tahniah @narendramodi atas kejayaan anda yang jelas dalam pilihan raya India. Kami berharap dapat mengukuhkan hubungan kita terutamanya dalam perdagangan dan industri, "kata Dr Mahathir dalam ciapan tweeter, hari ini.

Khamis lepas, Modi mengetuai Parti Bharatiya Janata (BJP) mencapai kemenangan besar untuk penggal kelima dengan memenangi 303 kerusi dalam Lok Sabha yang mempunyai 543 anggota.

Parti pembangkang utama, Kongres hanya memperoleh 52 kerusi, yang tidak mencukupi untuk menduduki jawatan Ketua Pembangkang di Dewan baharu.

Semalam, Modi dilantik sebagai perdana menteri Lok Sabha ke-17.

Pengundian berlangsung hampir enam minggu untuk menampung hampir 900 juta orang yang layak untuk mengundi dalam pilihan raya terbesar dan terpanjang di dunia.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu