Memanah: Khairul terlepas peluang raih gelaran dunia [ 3h ago ]

Polis tingkat kawalan sempadan Malaysia-Thai sempena Aidilfitri

Tarikh kemaskini: 24/05/2019
PASIR MAS, 24 Mei (Bernama) -- Polis akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Kelantan dalam usaha untuk mengekang penyeludupan barangan terlarang terutama dadah, senjata api dan mercun, menjelang ketibaan sambutan Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibupejabat Polis Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Polis Marin telah diberi arahan supaya meningkatkan kawalan di sempadan terutama sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

"Yang mustahaknya kita beri penekanan terhadap penyeludupan mercun kerana kita pun sedia maklum benda ini merbahaya kepada semua pihak selain ia juga tak beri sebarang faedah.

"Justeru saya dan Ketua Polis Kelantan (Datuk Hasanuddin Hassan) ada berpesan kepada pegawai dan anggota di sini untuk memberi fokus kepada barangan terlarang tadi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Terawih bersama pegawai dan anggota PGA Batalion 9 di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol yang turut dihadiri Hasanuddin dan Komander Briged Tenggara PGA 9 SAC Khaled Che Lah.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu