Wajib isytihar harta oleh ADUN, kemenangan PH di Perak [ 9m ago ]

China tahan dua rakyat Kanada

Tarikh kemaskini: 16/05/2019
ANKARA, 16 Mei (Bernama) -- Dua rakyat Kanada telah ditahan secara rasmi oleh pihak berkuasa China meskipun tiada pertuduhan didaftarkan setakat ini, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik media Kanada pada Khamis.

Michael Kovrig, seorang bekas diplomat, dan Michael Spavor, seorang ahli perniagaan yang berpangkalan di China, telah ditahan Disember tahun lepas atas alasan "keselamatan negara."

Kes itu telah mencetuskan pertikaian antara Beijing dan Ottawa.

Akhbar harian Kanada The Globe and Mail melaporkan pada Khamis bahawa tiada pertuduhan rasmi telah dikenakan terhadap kedua-duanya.

Kementerian Luar Kanada telah mengutuk penahanan rakyatnya yang disifatkan sebagai "dilakukan sewenang-wenangnya."

China telah menuduh Kovrig melakukan pengintipan dan "mencuri rahsia negara" manakala Spavo menyalurkan maklumat kepadanya.

-- BERNAMA


NAM SBB



       Berita Utama Terdahulu