Peruntukan RM111.47 juta untuk kemajuan sukan, pembangunan belia di Sabah [ 23m ago ]

PRK Sandakan: DAP pertahan Parlimen Sandakan

Tarikh kemaskini: 11/05/2019
SANDAKAN, 11 Mei (Bernama) -- DAP mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan selepas calonnya Vivian Wong Shir Yee, 30, menewaskan empat pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, hari ini.

Wong memperoleh majoriti 11,521 undi, selepas mendapat 16,012 undi.

Selain Wong, PRK itu ditandingi calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin yang mendapat 4,491 undi dan tiga calon bebas iaitu Hamzah Abdullah, 65, (788 undi) Chia Siew Yung, 46, (178 undi) dan Sulaiman Samat, 36, (126 undi).

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sandakan Mohd Hamsan Awang Supain mengumumkan keputusan berkenaan di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua Sandakan di sini pada jam 9 malam ini.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu