MPOB's tunas officers to help smallholders obtain MSPO certification [ 24m ago ]

Pejabat OIF bagi Afrika Utara bakal dibuka di Tunisia

Tarikh kemaskini: 16/04/2019
TUNIS, 16 April (Bernama) -- Menteri Hal Ehwal Luar Tunisia Khemaies Jhinaoui dan Setiausaha Agung Pertubuhan Antarabangsa Francophonie (OIF) Louise Mushikiwabo pada Isnin telah menandatangani satu konvensyen berkaitan penubuhan pejabat OIF bagi Afrika Utara di Tunis, lapor agensi berita China Xinhua.

"Pejabat OIF mempunyai kepentingan strategik dan akan menyumbang kepada masa depan Tunisia yang menyinar di peringkat serantau dan antarabangsa," kata Jhinaoui semasa taklimat kepada media di Tunis.

“Pejabat ini akan membantu memperkukuh kerjasama antara negara-negara di rantau ini," katanya.

Mushikiwabo, yang tiba di Tunisia pada 14 April untuk lawatan tiga hari, berkata kunjungan beliau memberi isyarat bagi permulaan persiapan Sidang Kemuncak ke-18 Francophonie yang dijadualkan berlangsung pada November 2020.

Diwujudkan pada 1970, OIF adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mewakili negara dan rantau di mana Perancis adalah bahasa adat, yang mana sebahagian besar penduduknya bertutur dalam bahasa Perancis atau mempunyai hubungan ketara dengan budaya Perancis.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu