South Korea halt Malaysia's dream to Tokyo Olympics [ 4h ago ]

MDEC galak syarikat guna teknologi terkini

Tarikh kemaskini: 16/04/2019
KUALA LUMPUR,16 April (Bernama) -- Perbadanan Digital Malaysia (MDEC) menyarankan syarikat tempatan mengguna pakai teknologi terkini bagi meningkatkan model perniagaan pada masa depan dan pada masa yang sama membangunkan aliran pendapatan baharu.

Naib Presiden (Pembangunan Ekosistem Pertumbuhan) Norhizam Kadir berkata menerusi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) yang giat diusahakan, syarikat tidak lagi boleh ketinggalan memandangkan inovasi yang lebih baharu terus muncul dan mengubah keadaan sedia ada.yang ada sekarang.

"Trend industri seperti kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan analitis maju telah banyak mengubah keadaan, dan kini bergerak untuk mendigitalkan dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizam berkata demikian pada Sidang Kemuncak Inovasi Asia anjuran enterprise SAP di sini hari ini.

Sementara itu, PIKOM, Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia, juga percaya bahawa teknologi kini menjadi tumpuan dengan gangguan kini sudah biasa dalam IR 4.0.

Pengerusinya Ganesh Kumar Bangah berkata perniagaan tempatan mesti bersedia untuk berevolusi dan cepat menerima, memahami dan menyesuaikan diri dalam proses transformasi ini.

"Ini terpakai kepada semua sektor industri memandangkan gangguan tidak bersifat diskriminatif," katanya.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu