Cubaan rempuh polis, lelaki cedera ditembak di lengan [ 36m ago ]

Alam Maritim raih kontrak US$59 juta daripada Vestigo Petroleum

Tarikh kemaskini: 01/04/2019
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Alam Maritim Resources Bhd meraih kontrak saluran paip luar pesisir bernilai U$59 juta (US$1=RM4.08) daripada Vestigo Petroleum Sdn Bhd.

Katanya kontrak tersebut bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pemasangan sistem saluran paip untuk pembangunan Tembikai Non-Associated Gas luar pesisir.

“Kontrak itu dari 5 Mac, 2019 hingga tarikh siap yang disasarkan pada suku keempat tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alam Maritim berkata tempoh kontrak tersebut dari 5 Mac hingga siapnya kerja-kerja tersebut, yang disasarkan siap pada suku keempat tahun ini.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset ketara bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019,” katanya.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu