Lynas Malaysia achieves one year 'lost time injury free' [ 1m ago ]

[Terkini] Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka

Tarikh kemaskini: 23/03/2019
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik akan berkumpul di Dataran Merdeka di sini hari ini, bagi melahirkan satu suara kedamaian sejagat dan menolak kebencian.



Perhimpunan Solidariti Kedamaian yang dijadual dari 7 pagi hingga 11 pagi, susulan serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand itu adalah untuk rakyat Malaysia bersandarkan konsep keamanan dan kedamaian tanpa mengira agama dan ideologi politik.



Menggunakan simbol burung merpati putih berlatar belakangkan bunga raya sebagai simbol kedamaian, perhimpunan itu akan bermula di hadapan pusat membeli-belah Sogo pada pukul 7 pagi, sebelum peserta, dengan pakaian berwarna putih, berarak ke Dataran Merdeka.



Perhimpunan anjuran Jabatan Perdana Menteri (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam) dan Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dengan kerjasama Civil Society Organisation (CSO) itu dijangka disertai 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk persatuan agama seperti Sikh, Taoism, Buddha, Kristian, Hindu dan Islam.



Berikut adalah perkembangan terkini memgenai perhimpunan tersebut:

10.33 am : Def-def kehormat dan peserta yang hadir pada Himpunan Solidariti Kedamaian #Solidariti4Peace berarak meninggalkan Dataran Merdeka.

10 am : Deklarasi Kedamaian KL 2019: Mengecam segala tindakan diskriminasi, perlakuan berbentuk keganasan serta pembunuhan atas nama kaum dan agama.

Deklarasi Kedamaian KL 2019: Menolak dan mengutuk sebarang tindakan serta budaya kebencian atas nama kaum dan agama.

Deklarasi Kedamaian KL 2019: Mendokong segala usaha menghidupkan kedamaian dan menyokong keharmonian antara kaum dan agama.
Solidariti

Deklarasi Kedamaian KL 2019: Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan negara daripada diancam oleh anasir kebencian atas nama kaum dan agama.

Deklarasi Kedamaian KL 2019: Menyokong dan berganding bahu bersama warga dunia dalam usaha membina persekitaran berteraskan keamanan dan kedamaian berpaksikan pengiktirafan kepelbagaian kaum dan agama

9.45 am : Dr Mujahid menandatangani seterusnya mengetuai bacaan Deklarasi Kedamaian Kuala Lumpur 2019 di Dataran Merdeka.

9.40 am : Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berucap seterusnya merasmikan majlis Himpunan Solidariti Kedamaian #Solidariti4Peace di Dataran Merdeka.

9.25 am : Menteri P. Waytha Moorthy menyampaikan mesej solidariti pada Himpunan Solidariti Kedamaian #Solidariti4Peace di Dataran Merdeka.

8.54 am : Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia Hunter Nottage menyampaikan 'token of appreciation' kepada wakil keluarga Muhammad Haziq.

8.54 am : Zarina Shuib, ibu saudara kepada Muhammad Haziq Mohd Tamizi yang maut dalam serangan pengganas menahan sebak ketika menyampaikan ucapan.

8.53 am : Standing ovation diberikanoleh peserta himpunan apabila ibu saudara Muhammad Haziq sampaikan ucapan.


8.47 am: Wakil dari kedutaan New Zealand, Australia dan Turki menyampaikan mesej solidariti pada Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka.

8.41 am : Sangitaa Subramaniam dari Bahai Community of Malaysia menyampaikan mesej solidariti beliau.

8.26 am : Rev. Sing Kan dari Malaysian Buddhist Association menyampaikan mesej solidariti pada Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka #Solidarity4Peace.

8.21 am : Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyampaikan mesej solidariti pada Himpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka #Solidarity4Peace.

8.15 am : Bacaan doa oleh Iman Masjid Negara.

8.12 am : Lagu Negaraku dimainkan.

8.07 am : Peserta Himpunan Solidariti Kedamaian mula tiba di Dataran Merdeka #Solidarity4Peace.

7.57 am : Peserta perhimpunan berarak sambil melaungkan 'hidup perpaduan' dan 'tolak terrorism'.

7.48 a.m. : Peserta perhimpunan mula berarak ke Dataran Merdeka.

7.40 am : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan P. Waytha Moorthy tiba di perkarangan Sogo.

7.31 am : Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad antara pemimpin-pemimpin yang hadir.

7.30 am : Antara ketua-ketua agama yang hadir mula berkumpul di perkarangan Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

7 am : Wartawan mula berada di lapangan untuk membuat liputan perhimpunan tersebut.

6.40 am : Kumpulan kecil peserta perhimpunan mula berkumpul.




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu