Tasek Corp takeover offer extended further to Aug 5 [ 2m ago ]

13 kes kebakaran terbuka berlaku di Pahang setakat 6 petang

Tarikh kemaskini: 22/03/2019
KUANTAN, 22 Mac (Bernama) -- Sebanyak 13 kes kebakaran terbuka direkodkan berlaku di Pahang sehingga pukul 6 petang tadi melibatkan tiga daerah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata lapan daripada kes berkenaan berlaku di daerah ini, manakala di Pekan mencatatkan dua kes dan selebihnya di kawasan Nenasi, Rompin.

“Di Kuantan sendiri berlaku dua tompokan besar kebakaran sejak beberapa hari lalu iaitu di sepanjang laluan Gas Malaysia di kawasan perindustrian Gebeng dan Taman Pertanian, namun kedua-duanya telah berjaya dipadam sepenuhnya lewat petang tadi.

“Bagaimanapun pemantauan masih dilakukan untuk mengelakkan kebakaran kembali berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

“Saya juga telah meminta semua balai bomba JBPM di negeri ini supaya turut meminta bantuan polis untuk memantau bagi memastikan tiada sebarang aktiviti kebakaran terbuka dilakukan sepanjang musim kemarau ini,” katanya.

Mereka yang melakukan kebakaran terbuka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, boleh dikompaun maksimum RM2,000 atau denda RM500,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu