Seramai 39 pelajar dari lima sekolah di Pasir Gudang alami sesak nafas dan muntah hari ini [ 5m ago ]

Dua kementerian bincang kerjasama urus hospital pengajar universiti awam

Tarikh kemaskini: 20/03/2019
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dua hala bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam pengurusan hospital pengajar universiti (HPU) awam.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam kenyataan berkata pelbagai perkara penting melibatkan bidang tugas kedua-dua kementerian itu turut dibincangkan hari ini.

Beliau berkata perbincangan itu dapat mengukuhkan kesepakatan antara dua kementerian dalam pembangunan insan.

“Ada beberapa perkara penting lain yang turut dibincangkan dan akan diumumkan kelak.

Diharapkan hubungan baik kedua-dua kementerian ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu