Tiada keperluan buat pembenihan awan - MB Johor [ 14m ago ]

Alam Maritim dapat kontrak Carigali Hess bernilai RM40 juta

Tarikh kemaskini: 11/03/2019
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Alam Maritim Resources Bhd (Alam), Alam Maritim Sdn Bhd telah dianugerahi kontrak perkhidmatan pemeriksaan bawah air bernilai RM40 juta oleh Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.

Kontrak tersebut membabitkan satu skop kerja asas dan pemeriksaan berjadual ke atas pelantar jaket Carigali Hess, saluran paip serta kemudahan penyimpanan dan pemindahan terapung (FSO).

“"Tempoh kontrak adalah selama empat tahun mulai 5 September 2018 sehingga 4 Sept 2022, dengan opsyen lanjutan sehingga setahun," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 sehingga 2022.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu