Matriculation programme important for racial harmony [ 16m ago ]

Pengerusi syarikat terkemuka India didapati bersalah hina mahkamah

Tarikh kemaskini: 20/02/2019
NEW DELHI, 20 Feb (Bernama) -- Mahkamah tertinggi India pada Rabu mendapati pengerusi Reliance Communications (RCom), Anil Ambani sengaja tidak membayar US$77.3 juta kepada pembuat peralatan telekom Sweden Ericsson selain menghina mahkamah, lapor agensi berita Xinhua demikian menurut pegawai.

"RCom tidak berniat mematuhi akujanji itu. Ia adalah satu penghinaan kepada mahkamah," kata pegawai terbabit.

Selain Ambani, pengerusi Reliance Telecom, Satish Seth dan pengerusi Reliance Infratel, Chhaya Virani turut didapati melanggar akujanji dan perintah yang berkaitan.

Bagaimanapun, mahkamah mengatakan penghinaan itu boleh diketepikan jika mereka menjelaskan denda bersama faedah. Sekiranya gagal berbuat demikian boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan.

Syarikat Sweden itu memeterai perjanjian dengan RCom pada 2014 bagi mengurus dan mengendalikan rangkaiannya. Tahun lepas syarikat terbabit mengemukakan permohonan di Mahkamah Agung India, menuntut RCom membayar sebanyak US$77.3 juta.

Sementara itu, RCom berkata pihaknya menghormati dan mematuhi keputusan mahkamah itu.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu