MFL nafi bakal serah geran tahunan Liga Malaysia Ogos ini [ 9m ago ]

Husam beri keterangan mengenai dana RM90 juta

Tarikh kemaskini: 20/02/2019
KOTA BHARU, 19 Feb (Bernama) -- Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Senator Datuk Husam Musa mengakui beliau malam ini memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan pemberian dana RM90 juta daripada UMNO kepada PAS.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara berkata bagaimanapun beliau dinasihatkan oleh SPRM agar tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai perkara itu.

"Saya kira (jika) ada apa-apa tambahan mungkin saya akan dipanggil lagi (oleh SPRM) saya sedia untuk bagi kerjasama," katanya selepas selesai memberikan keterangan itu.

Husam yang tiba di pejabat SPRM pada pukul 9.25 malam, memberikan keterangan selama hampir dua jam sebelum keluar daripada pejabat suruhanjaya itu pada pukul 11.12 malam.

Husam sebelum ini pernah mendakwa PAS menerima dana berkenaan daripada UMNO yang dikatakan telah diakui Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam satu rakaman audio kontroversi baru-baru ini.

Pada 8 Feb lepas, Nik Mohamad Abduh hadir ke pejabat SPRM itu untuk memberikan keterangan mengenai dakwaan itu.

-- BERNAMA








       Berita Utama Terdahulu