Malaysians abhor terrorism - Mujahid [ 3m ago ]

Wanita warga emas maut dalam kemalangan tiga kenderaan

Tarikh kemaskini: 17/02/2019
SEREMBAN, 16 Feb (Bernama) -- Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 4 Jalan Ampang Tinggi-Kuala Pilah, dekat sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 3.50 petang itu, mangsa, Ramalah Ablasani@Abdullah, 72, meninggal dunia selepas keretanya terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Iswara.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Haslah Bachok berkata, mangsa memandu kereta jenis Perodua Kancil semasa kemalangan itu.

"Pemandu Perodua Myvi iaitu seorang wanita berusia 27 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala lelaki berusia 31 tahun yang memandu Proton Iswara tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu