China hampir pasti ke pusingan akhir Kejuaraan AFC B-23 [ 4m ago ]

Kemenangan pertama jadi titik perubahan pasukan Harimau Kumbang

Tarikh kemaskini: 17/02/2019
Pemain pasukan PDRM FA Muhammad Fakrul Aiman (kanan) cuba menjaringkan gol pada perlawanan Liga Perdana menentang pasukan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya malam ini.
GEORGE TOWN, 16 Feb (Bernama) -- Kemenangan pertama skuad Pulau Pinang pada saingan Liga Premier 2019 menentang PDRM di Stadium Bandaraya, di sini malam ini, memberi suntikan semangat kepada pasukan itu untuk perlawanan yang akan datang.

Ketua jurulatih skuad Harimau Kumbang, Ahmad Yusoff berkata, kemenangan itu akan menjadi titik perubahan kepada pasukan itu untuk menentang Negeri Sembilan pada 24 Feb ini.

"Saya bersyukur kerana skuad Pulau Pinang berjaya meraih kemenangan pada malam ini biarpun terpaksa membuat perubahan kerana penyerang utama Ndumba Makeche cedera ketika menjalani latihan pada saat-saat akhir.
.....

       Berita Utama Terdahulu