MFL bercadang mansuh jawatan pengerusi MFL [ 3m ago ]

Perdana Menteri hadir Malam Mesra Kelab Tasik Putrajaya 2019

Tarikh kemaskini: 16/02/2019
Perdana Menteri yang juga Penaung Kelab Tasik Putrajaya, Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kanan) menerima jaket rasmi Kelab Tasik Putrajaya daripada Presiden Perbadanan Putrajaya yang juga pengerusi kelab itu Datuk Dr Aminuddin Hassim sambil disaksikan isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Majlis Makan Malam Kelab Tasik Putrajaya 2019 malam ini.Turut hadir Menteri Wilayah Khalid Abd Samad (kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (dua, kiri).
PUTRAJAYA, 16 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hadir di Malam Mesra Kelab Tasik Putrajaya 2019 di sini malam ini.

Dr Mahathir adalah penaung kelab itu yang merupakan cetusan idea beliau 17 tahun lepas.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar; dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Aminuddin dalam ucapannya berkata majlis malam ini merupakan peluang untuk ahli Kelab Tasik Putrajaya seramai 814 orang untuk beramah mesra dalam suasana santai.

Jelasnya, matlamat kelab itu ialah untuk menjadi pusat latihan sukan air bertaraf antarabangsa.

“Kelab Tasik Putrajaya akan terus menjadi pusat aktiviti sosial dan komuniti untuk ahli-ahlinya berehat, melakukan riadah dan berekreasi,” katanya.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu