85 mosques in Kuala Lumpur to have rice ATM machines [ 4h ago ]

Untung bersih Supermax pada Q2 meningkat kepada RM38.14 juta

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) – Keuntungan bersih dicatat Supermax Corporation Bhd bagi suku kedua (Q2) berakhir 31 Dis, 2018, meningkat kepada RM38.14 juta daripada RM35.90 juta dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas.

Hasil meningkat 14.6 peratus tahun ke tahun kepada RM385.1 juta daripada RM335.91 juta sebelumnya, berikutan pelaksanaan penggantian alat baharu di kilangnya di Perak dan sumbangan suku penuh daripada kilang 10 dan kilang 11, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Pembinaan kilang ke-12 kami telah bermula dan ia akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kumpulan apabila siap kelak,” katanya.
.....

       Berita Utama Terdahulu