Agenda klasterisasi rancakkan ekonomi Selangor - Amirudin Shari [ 7h ago ]

Serba Dinamik International peroleh projek bernilai RM448.09 juta

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Unit Serba Dinamik Holdings Bhd iaitu Serba Dinamik International Ltd, memperoleh tiga kontrak operasi dan penyelenggaraan keseluruhannya bernilai RM448.09 juta.

Serba Dinamik Holdings berkata satu lagi unit, Serba Dinamik Sdn Bhd, memperoleh enam projek merangkumi satu kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC), dua kontrak O&M dan EPCC dan tiga kontrak O&M.

“Kontrak berkenaan tidak mempunyai nilai spesifik kerana ia berasaskan ‘panggilan’ iaitu perintah kerja akan diberikan mengikut budi bicara pelanggan berdasarkan jadual aktivitinya dan kadarnya ditentukan sepanjang tempoh kontrak berkenaan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Serba Dinamik Holdings, penyedia penyelesaian kejuruteraan bagi industri minyak dan gas, dan penjanaan kuasa, berkata kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu