Turki tidak mampu galas tanggungjawab tangani gelombang migrasi baharu sendirian - Erdogan [ 16m ago ]

Berhati-hati pakej pelancongan murah - MATTA

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Jelajah Malaysia (MATTA) menasihati orang ramai agar berhati-hati terhadap “pakej pelancongan murah” yang ditawarkan oleh agensi pelancongan terutama menerusi dalam talian.

Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang dalam satu kenyataan hari ini berkata tidak ada perkara seperti ‘makan tengah hari percuma’, jadi pelanggan perlu mengamalkan sikap berhati-hati sebelum bersetuju dengan pakej pelancongan yang ditawarkan dalam talian seperti menerusi media sosial.

"Layari dalam talian untuk pastikan kesahihan syarikat berkenaan, kaji lawatan, trek rekod dan rujukan daripada rakan-rakan, pelanggan atau saudara mara mengenai syarikat berkenaan. Pelanggan yang pernah ditipu oleh ejen pelancongan yang tidak bertanggungjawab dan haram hendaklah segera membuat laporan polis dan mengemukakan tuntutan kepada Tribunal Pengguna.
.....

       Berita Utama Terdahulu