Trump kata beliau tak perlu tergesa-gesa basmi program senjata nuklear Korea Utara [ 25m ago ]

Kaitan TRX dengan 1MDB akan dilupakan - CEO Lendlease Asia

Tarikh kemaskini: 12/02/2019

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) – Perkembangan baharu dan keyakinan antarabangsa terhadap projek Tun Razak Exchange (TRX) akan segera menyaksikan orang ramai melupakan kaitannya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Ketua Pegawai Eksekutif Lendlease Asia Tony Lombardo.

Beliau berkata tiada masalah dalam mendapatkan penyewa di TRX manakala HSBC akan pindah masuk ke bangunan ibu pejabatnya yang baharu yang sedang dalam pembinaan di TRX.

Berhubung kebimbangan terhadap kaitan projek itu dengan 1MDB, Lombardo berkata daripada perspektif Lendlease, rakan kongsi syarikat ialah Kementerian Kewangan (MOF).

Lombardo berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini selepas pelancaran TRX Lifestyle Quarter oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang turut menyaksikan majlis menandatangani kemudahan pembiayaan RM2.15 bilion membabitkan HSBC Malaysia, Standard Chartered Bank Malaysia, Malayan Banking Bhd dan Sumitomo Mitsui Banking Corporation.
.....

       Berita Utama Terdahulu