85 mosques in Kuala Lumpur to have rice ATM machines [ 5h ago ]

SASET tanam 25,000 anak pokok pulih Ramsar Bera

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
Pahang

BERA, 12 Feb (Bernama) -- Pencerobohan kawasan tapak Tanah Lembah Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) berkeluasan 35 hektar di daerah ini beberapa tahun lepas untuk tujuan penanaman getah telah merencatkan seketika usaha pemuliharaan tapak berkenaan.

Bagaimanapun sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Sultan Ahmad Shah Enviromental Trust (SASET) yang sebelum ini telah menjalankan usaha pemuliharaan di situ hari ini kembali menanam semula pelbagai spesis di kawasan terjejas.

Pengerusi SASET Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Abdul Fahd Mu'adzam Shah berkata program selama empat hari bermula 9 Feb lepas menetapkan sasaran untuk menanam semula sebanyak 25,000 anak pokok.
.....

       Berita Utama Terdahulu