85 mosques in Kuala Lumpur to have rice ATM machines [ 4h ago ]

Tiada syarikat mohon guna produk berasaskan ganja - Dr Lee

Tarikh kemaskini: 12/02/2019
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Tiada syarikat yang memohon dengan Kementerian Kesihatan setakat ini untuk didaftarkan sebagai syarikat yang menggunakan produk berasaskan ganja untuk tujuan perubatan, kata Timbalan Menteri berkenaan Dr Lee Boon Chye.

“Bertahun-tahun dahulu ada sebuah syarikat asing yang berdaftar dengan kementerian untuk mengimport produk berkenaan.

“Tetapi saya rasa syarikat itu tidak memperbaharui lesen. Jadi buat masa sekarang belum ada,” katanya selepas melancarkan platform dalam talian ‘OurCheckup’ di sini hari ini.
.....

       Berita Utama Terdahulu