Women dominate RTMVA leadership [ 19m ago ]

AirAsia beri respon terhadap tuntutan MAHB

Tarikh kemaskini: 11/02/2019
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) – AirAsia Bhd memaklumkan telah menerima Surat Tuntutan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) hari ini berhubung tuntutan supaya ia menarik balik kenyataan media yang dibuat sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Malaysia Riad Asmat dan CEO AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata syarikat penerbangan itu bagaimanapun tidak terkejut dengan satu lagi respon undang-undang MAHB membabitkan isu tersebut.

“Kami keliru kerana pengendali lapangan terbang itu terus menggunakan kedudukan dominannya serta ancaman mengambil tindakan undang-undang bagi menyekat ulasan yang adil,” kata AirAsia dalam satu kenyataan hari ini.
.....

       Berita Utama Terdahulu