Police to call Papagomo over alleged assault on Syed Saddiq [ 10m ago ]

NCIA terus menerajui agenda pembangunan wilayah di kawasan utara

Tarikh kemaskini: 11/02/2019
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) terus memacu strategi wilayah dalam agenda pembangunan ekonomi bagi menangani ketidakseimbangan pembangunan wilayah, dan pada masa yang sama mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.

Sehingga kini, sepuluh inisiatif telah dilaksanakan, termasuk tumpuan yang lebih besar dalam melaksanakan projek berimpak tinggi, meningkatkan tadbir urus dan integriti kerajaan, meningkatkan proses perniagaan, mengoptimumkan kos dan sumber sembil menyepadukan operasi, kata NCIA dalam kenyataan hari ini.

Dalam melaksanakan peranannya, pihak berkuasa terbabit bekerja seiring dengan kementerian, agensi, pihak berkepentingan dan entiti swasta yang lain untuk mempercepat pembangunan sosioekonomi di wilayah itu.
.....

       Berita Utama Terdahulu