Cheng Rezen dan Kim Nam Joo rangkul anugerah utama pada Anugerah Televisyen Asia

Tarikh kemaskini: 13/01/2019
KUCHING, 12 Jan (Bernama) -- Malam ini, rakyat Sarawak dan komuniti global menyaksikan Cheng Rexen dan Kim Nam Joo dinobatkan, masing-masing sebagai Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik pada majlis Anugerah Televisyen Asia (ATA) ke-23 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Aktor dari Taiwan itu menerima anugerah kerana lakonannya dalam Schrodinger’s Cat sementara aktres dari Korea Selatan itu pula meraih anugerah kerana lakonannya sebagai Go Hye-ran dalam Misty.

Anugerah Televisyen Asia ke-23 terdiri daripada lebih 40 kategori dan ia berupa pengiktirafan tertinggi industri berkenaan kepada syarikat penerbitan bebas di Asia.
.....

       Berita Utama Terdahulu