PM akan sampaikan ucaptama di Forum CEO mengenai Industri 4.0 [ 1m ago ]

Perkampungan Orang Asli diurus oleh tok batin bersama badan progresif

Tarikh kemaskini: 12/01/2019
DatukĀ Ajis Sitin (Gambar fail)
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Kemajuan Masyarakat Orang Asli diberikan perhatian serius oleh kerajaan dengan pentadbiran perkampungan masyarakat terbabit diuruskan bukan sahaja melalui tok batin dan penghulu tetapi turut melibatkan badan progresif dinamakan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli (MPKKOA).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Datuk Ajis Sitin dalam satu kenyataan berkata anggota MPKKOA dilantik secara undian oleh penduduk tanpa mengira latar belakang politik dengan mematuhi tatacara yang ketat.

“Anggota majlis akan dipilih secara undian setiap dua tahun di mana MPKKOA menjadi ranting kepada pentadbiran JAKOA di peringkat kampung,” katanya.
.....

       Berita Utama Terdahulu