Coalition praises Sabah Chief Minister's concern for the environment [ 13m ago ]

Manogaran tiba untuk mendaftar sebagai calon PH dalam PRK Cameron Highlands

Tarikh kemaskini: 12/01/2019
TANAH RATA, 12 Jan (Bernama) -- Calon Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil Cameron Highlands, M. Manogaran iba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah, di sini. pada pukul 9.07 pagi.

Ramli Mohd Nor, daripada Barisan Nasional juga dilihat tiba untuk mendaftar sebagai calon.

Dua calon bebas Wong Seng Yee, 40 dan Sallehuddin Ab Talib, 61 turut kelihatan.

Sementara itu, presiden parti MyPPP Tan Sri M. Kayveas umum tidak bertanding dan menyokong calon PH dalam PRK yang akan berlangsung pada 26 Januari itu.

PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei 2018, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.



Berita selanjutnya akan menyusul.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu