Maybank buka langkah kanan saingan pembukaan LHM 2019

Tarikh kemaskini: 12/01/2019
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) – Pasukan Maybank memulakan kempen Liga Hoki Malaysia (LHM) 2019 dengan bergaya apabila membenam Nurinsafi/Hoki Kedah 5-1 pada aksi pembukaan divisyen Premier di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Amirrullah Zainol muncul wira Maybank apabila meledak dua jaringan pada minit ke-26 dan minit ke-31, disusuli jaringan bekas pemain kebangsaan, Hafifihafiz Hanafi (minit ke-56), Muhammad Hafiizhuddin Zaidi (minit ke-59) dan Muhamad Nazrey Din, selang seminit kemudian.

Nurinsafi/Hoki Kedah berjaya meraih gol saguhati menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Baljit Singh Sarjab pada minit ke-53.
.....

       Berita Utama Terdahulu