SESB siasat pendahuluan RM64.33 juta dibayar kepada syarikat pegangan

Tarikh kemaskini: 11/01/2019
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) – Lembaga pengarah Scomi Energy Services Bhd (SESB) telah memulakan siasatan berhubung pendahuluan berjumlah RM64.33 juta dibayar kepada syarikat pegangannya, Scomi Group Bhd dan anak syarikatnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, SESB berkata pendahuluan itu dibayar dalam tempoh dua tahun dari Jun 2016 sehingga Jun 2018.

“Sebaik sahaja dimaklumkan (pada Mei 2018) bahawa pendahuluan itu telah dibayar tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan lembaga, pihak lembaga telah segera memulakan siasatan terhadap perkara itu untuk mendapatkan maklumat lanjut.
.....

       Berita Utama Terdahulu