Harap calon wanita dilantik ganti Nurul Izzah - Haniza

Tarikh kemaskini: 11/01/2019
Haniza Mohamed Talha
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Wanita PKR berharap calon wanita diberi peluang bagi mengisi kekosongan jawatan dalam parti yang ditinggalkan Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Ketuanya, Haniza Mohamed Talha berkata Wanita PKR menyokong sekiranya kepimpinan tertinggi parti memilih calon wanita sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang dan Naib Presiden parti itu kerana ramai wanita dalam parti layak mengisi jawatan itu.

"Kita (Wanita PKR) lebih suka sekiranya calon wanita dilantik (mengisi kedua-dua jawatan), tetapi kita tidak juga mengetepikan jika ada calon yang lebih baik. Dalam PKR, ramai wanita ada rekod pencapaian yang baik.
.....

       Berita Utama Terdahulu