Dua kementerian bincang kerjasama urus hospital pengajar universiti awam [ 3m ago ]

Empat lokasi di Taiping bakal diiktiraf tapak warisan kebangsaan

Tarikh kemaskini: 10/01/2019
TAIPING, 10 Jan (Bernama) -- Empat lokasi unik di bandar warisan di sini bakal diiktiraf sebagai tapak warisan kebangsaan tidak lama lagi, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abdul Rahim Md Ariff.

Beliau berkata tempat bersejarah itu ialah bangunan Stesen Keretapi Taiping, Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Kota, Bangunan Sanitary Board dan Hutan Paya Laut, Matang yang sedang dalam proses untuk mendapat pengiktirafan dari pada Jabatan Warisan Negara.

Katanya, pada Oktober 2018, Taman Tasik Taiping dan Bangunan Telegraf di sini telah diwartakan sebagai tapak warisan kebangsaan mengikut Akta 645 Akta Warisan Kebangsaan manakala Kota Ngah Ibrahim, Matang pula diwartakan pada Mac tahun lepas.

"Dengan pewartaan Taman Tasik di sini, sebarang projek pembangunan dalam jarak sejauh 200 meter dari kawasan itu adalah dikawal. Projek pembangunan yang mahu dimajukan hendaklah mendapat kelulusan dari Jabatan Warisan," katanya.
.....

       Berita Utama Terdahulu