malay english mandarin arabic espanol fb tw ig
Berita Tergempar
ENAM MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH KEDAI DI PUNCAK JELAPANG, MERU, IPOH PETANG INI - BOMBA | 

Polis masih siasat kehilangan empat nelayan di Kinabatangan - Pesuruhjaya Polis Sabah

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 
KOTA KINABALU, 7 Dis (Bernama) – Seorang tekong dan tiga nelayan telah dilaporkan hilang oleh seorang pemilik bot di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan pada 5 Dis iaitu hari yang sama dengan kejadian serangan ke atas sebuah bot tunda oleh sekumpulan empat lelaki di kawasan berhampiran.

Persuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata mengikut laporan itu, ketika ditemui di kawasan tersebut, enjin bot itu masih hidup namun tiada seorangpun berada di dalam bot berkenaan.

“Kita tidak tahu sama ada empat orang ini diculik atau telah melarikan diri. Saya tidak berani menyatakan bahawa mereka telah diculik sehingga ada pengesahan. Cuma memang ada laporan diterima daripada syarikat bot nelayan yang mengatakan bahawa empat pekerjanya hilang daripada bot,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu