malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

MYEG perjelas berita mengenai perkhidmatan pembaharuan PLKS

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- MY E.G. Services Bhd (MYEG) tidak dapat memproses permohonan bagi pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing jika ia tidak diluluskan oleh pegawai bertauliah daripada Jabatan Imigresen.

Sebuah akhbar kewangan harian berbahasa Inggeris tempatan semalam melaporkan MYEG adalah antara sistem yang sedang disemak oleh kerajaan susulan banyak aduan diterima berhubung perkhidmatan disediakan syarikat itu, khususnya perkhidmatan pembaharuan PLKS secara dalam talian.

Penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu berkata ia tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan pencetakan mana-mana permit di bawah perkhidmatan PLKS.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu