malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Oltmans yakin pemain negara mampu laksana tugas berdepan Jerman

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) – Jurulatih skuad negara Roelant Oltmans belum bersedia menyerah kalah dan percaya anak buahnya akan menampilkan aksi terbaik pada perlawanan terakhir Kumpulan D Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 berdepan juara dunia dua kali, Jerman di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India pada Ahad.

Malaysia kini menduduki tangga tercorot dalam Kumpulan D dalam kalangan empat pasukan setelah hanya mengumpul satu mata daripada dua perlawanan.

Skuad Malaysian Tigers mengalami kekalahan memalukan apabila dibelasah 0-7 oleh pasukan keempat dunia, Belanda dalam perlawanan pembukaan pada 1 Dis, sebelum berkongsi satu mata setelah seri 1-1 menentang juara dunia empat kali, Pakistan, selang empat hari kemudian.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu