malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Sektor korporat harus laksanakan ketelusan dalam laporan korporat

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Sektor korporat digesa mengamalkan standard laporan korporat yang tinggi serta melaksanakan ketelusan bagi membina semula tadbir urus yang baik, reputasi antarabangsa serta nama baik global, yang akan memberikan keyakinan kepada pelabur untuk menanam modal di Malaysia.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ketelusan dalam laporan korporat memberikan keyakinan serta kepercayaan kepada orang ramai di pasaran modal, yang mana akan memacu dinamisme dan daya saing terhadap pasaran modal negara.

“Dalam mempromosikan tadbir urus korporat di sektor swasta, kerajaan juga perlu membuktikan apa yang dikatakan dengan melaksanakan tadbir urus awam kerana kita mahu mengembalikan semula reputasi baik di luar negara bagi memudahkan perniagaan dan pelaburan ke dalam ekonomi kita,” katanya berucap pada Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA 2018).
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu