malay english mandarin arabic espanol fb tw ig
Berita Tergempar
ENAM MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH KEDAI DI PUNCAK JELAPANG, MERU, IPOH PETANG INI - BOMBA | 

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada 8 Dis diputuskan pada Oktober - Suhakam

Tarikh kemaskini: 07/12/2018
 

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) - Keputusan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk mengadakan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia pada 8 Dis telah diputuskan pada Oktober, kata pengerusi Tan Sri Razali Ismail.

Beliau berkata tarikh untuk sambutan itu diputuskan pada 18 Okt mengikut tarikh yang disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Oleh itu, Razali menyangkal dakwaan bahawa sambutan itu ialah untuk mengganggu demonstrasi anti-ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) yang jatuh pada tarikh yang sama.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu