malay english mandarin arabic espanol fb tw ig
Berita Tergempar
ENAM MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH KEDAI DI PUNCAK JELAPANG, MERU, IPOH PETANG INI - BOMBA | 

Lebih banyak aktiviti kebudayaan perlu dianjurkan - Mohamaddin

Tarikh kemaskini: 06/12/2018
 

SHAH ALAM, 6 Dis (Bernama) -- Lebih banyak aktiviti kebudayaan, seni dan warisan perlu dianjurkan supaya sasaran kerajaan untuk menarik 30 juta pelancong asing dengan penjanaan pendapatan RM100 bilion pada 2020 akan dapat dicapai.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata berdasarkan statistik terkini Tourism Malaysia, kedatangan pelancong asing ke negara ini sehingga September lepas adalah seramai 19.39 juta orang.

"Justeru, saya yakin sasaran ini dapat direalisasikan sekiranya semua pihak bersama-sama berusaha mencapai ke arah matlamat ini," katanya ketika merasmikan Teguh Rasa: Malam Persembahan Tari anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, malam ini.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu