malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Parlimen Maldives sokong cadangan sertai semula komanwel

Tarikh kemaskini: 06/12/2018
 
MALE, 6 Dis (Bernama) -- Parlimen Maldives menyokong cadangan kerajaan untuk menyertai semula Negara-Negara Komanwel, memetik media tempatan lapor agensi berita Xinhua.

Cadangan itu disuarakan Presiden Ibrahim Mohamed Solih dan diluluskan kabinet bulan lepas sebelum dikemukakan ke parlimen.

Langkah berkenaan dilihat dapat membuka ruang serta peluang lebih luas kepada rakyat Maldives terutamanya kepada golongan muda.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu