malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Sentimen sokong kumpulan harus dihapuskan dalam parti

Tarikh kemaskini: 06/12/2018
 
KLUANG, 6 Dis (Bernama) -- Wanita PKR Johor berharap ahli di seluruh negeri ini dapat menghapuskan sentimen menyokong mana-mana kumpulan, sekaligus terus bersatu demi kebaikan sayap parti berkenaan pada masa hadapan

Ketuanya, Rahamizon Abdul Ghani berkata beliau tidak mahu perkara yang sama berulang sebagaimana sebagaimana yang berlaku baru-baru ini ketika pemilihan PKR.

Beliau tidak menafikan sewaktu pemilihan lepas, wujudnya kem-kem tertentu termasuk dalam kalangan Wanita PKR sehingga menimbulkan pelbagai persepsi sehingga mengganggu gerak kerja parti.

"Jadi, untuk bergerak sebagai satu kumpulan, tidak sewajarnya sentimen tersebut terus dibawa dan sebab itu saya fokus untuk merapatkan semula ukhwah ahli parti dan apa yang penting, tidak ada mana-mana kem di dalam Wanita PKR Johor selepas ini.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu