malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Malaysia, Qatar komited tingkat perdagangan, kerjasama dua hala - PM

Tarikh kemaskini: 06/12/2018
 
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Qatar yang meraikan ulang tahun ke-44 terjalinnya hubungan diplomatik, komited untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara dan mempertingkatkan kerjasama dua hala meliputi banyak bidang lain, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani atas lawatan kerja ke Malaysia.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, @TamimBinHamad Emir Qatar atas lawatan hari ini.

“Kami komited untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara dan juga meningkatkan kerjasama dua hala meliputi bidang-bidang lain. Semoga menikmati sesuatu yang indah sepanjang berada di Malaysia. Terima Kasih,” kata Dr Mahathir menerusi catatan di laman Twitter beliau, hari ini.

Emir Qatar tiba di sini semalam untuk lawatan kerja tiga hari ke negara ini. Beliau melakukan lawatan sulungnya ke Malaysia pada Oktober tahun lepas (2017).

-- BERNAMA



 
 
 

       Berita Utama Terdahulu