malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Kementerian sasar 60,000 pemegang ijazah doktor falsafah menjelang 2023 - Maszlee

Tarikh kemaskini: 06/12/2018
 
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kementerian Pendidikan komited mencapai sasaran 60,000 pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2023 menerusi Pelan Pendidikan Malaysia 2015-2025, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif dan inovatif dalam memastikannya berjaya dicapai menerusi penawaran pelbagai Skim Geran Penyelidikan yang dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan.

“Skim Geran Penyelidikan yang ditawarkan ini merangkumi penyelidikan dalam pelbagai bidang sekaligus berupaya menghasilkan penemuan baharu yang akhirnya dapat dimanfaatkan terus kepada komuniti.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu