malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Si cilik tok dalang wayang kulit

Tarikh kemaskini: 06/12/2018
 

Baru berusia 4 tahun, Pyu atau nama sebenarnya Aqfierudzar Rizq Mohd Sulhie, semakin mencipta nama dalam dunia seni persembahan wayang kulit. -- fotoBernama (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
Oleh Tengku Faezah Tengku Yusof



KUALA LUMPUR (Bernama) -- Usianya empat tahun, namun kanak-kanak itu bukan sahaja cekap menggerakkan tangan bermain wayang kulit, malah pandai mengolah skrip untuk persembahannya.

Pyu, yang nama sebenarnya Aqfierudzar Rizq Mohd Sulhie, semakin mencipta nama sejak persembahannya di program ‘Joyful Malaysia’ anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang berlangsung hampir sebulan mulai 9 Sept di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

Ayahnya, Mohd Sulhie Yusof berkata ketika persembahan itu orang ramai termasuk para pelancong asing mengerumuni Pyu untuk melihat pemilik suara nyaring yang petah di sebalik kelir (layar putih) wayang kulit itu.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu