malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Gas asli bahan api utama kurangkan pelepasan karbon

Tarikh kemaskini: 27/11/2018
 

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Jelas, gas asli adalah bahan api pilihan untuk mengatasi pelbagai cabaran boleh dijangka dalam mengurangkan pelepasan karbon dan mencapai keneutralan karbon di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Gas Malaysia (MGA), Hazli Sham Kassim, berkata dengan komitmen kerajaan untuk menjadi ekonomi rendah karbon, gas asli pada masa ini adalah rakan kongsi yang sempurna untuk pembaharuan.

“Gas asli menawarkan penyelesaian gas inovatif bersepadu untuk campuran tenaga jangka panjang negara, sama ada sebagai bahan mentah untuk industri atau bahan api untuk pemanasan serta pembakaran pada persekitaran dan kos yang rendah,” katanya pada pembentangannya di Forum Tenaga Kebangsaan (NEF) di sini, hari ini.

Katanya, gabungan limpahan dan akses terhadap gas asli tidak dapat dipadankan dengan bahan api fosil lain.

“Faktor ini bersama infrastruktur penghantaran yang berkesan di Malaysia menjadikan gas asli rakan kongsi yang sempurna untuk pembaharuan, meningkatkan kebolehpercayaan penjanaan kuasa dan menjamin keselamatan tenaga.

“Dengan peningkatan pilihan sebagai bahan api dan bahan mentah untuk sektor perindustrian dan pengangkutan, gas asli bersedia untuk menjana masa depan yang mampan,” katanya.

Forum sehari bertemakan “Masa Depan Karbon Semula Jadi, Negara dalam Transisi” dianjurkan bersama Suruhanjaya Tenaga, MGA dan Majlis Tenaga Malaysia.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu