malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Kerajaan yakin capai 20 peratus RE dalam masa tujuh tahun akan datang

Tarikh kemaskini: 27/11/2018
 

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) – Kerajaan yakin mencapai sasaran 20 peratus janaan elektrik daripada sumber tenaga diperbaharui (RE), bersamaan 3,991 megawatt (MW), dalam masa tujuh tahun akan datang melalui pelbagai inisiatif, program dan dasar.

Bagi merealisasilkan sasaran ini, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata kerajaan akan berhubung dengan pemain industri dan mengkaji dasar yang berkaitan.

Walaupun janaan tenaga bersih negara ini hanyalah dua peratus pada masa ini, sasaran boleh dicapai melalui pelaksanaan pelbagai program, termasuk pemeteran tenaga bersih, tarif galakan (feed-in-tariff) (FiT) dan program solar berskala besar, katanya.

Yeo berkata demikian dalam ucaptamanya di Forum Tenaga ke-8, yang dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Tenaga (EC), Persatuan Gas Malaysia (MGA) dan Majlis Tenaga Malaysia, di sini, hari ini.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu