malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Samsung perkenal Galaxy A9 dengan kamera Kuad 24 mp

Tarikh kemaskini: 11/10/2018
 
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Telefon pintar siri Galaxy A jenama terkemuka Samsung diperhebatkan lagi dengan kehadiran model A9 terbaharu bersama fungsi kamera kuad lensa 24 megapiksel (MP) pertama di dunia.

Kamera kuad Galaxy A9 memberikan pengguna lebih banyak cara untuk meneroka kreativiti dan merakam imej tajam yang menakjubkan.

"Sebagai peneraju global dalam inovasi telefon pintar, kami memahami kepentingan terhadap permintaan untuk inovasi bermakna dalam dunia pantas yang didorong oleh komunikasi visual," kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Samsung Electronics IT dan komunikasi bahagian mudah alih, DJ Koh, semasa pelancaran telefon tersebut kepada 300 tetamu di sini, hari ini.

Acara pelancaran tersebut turut dibuat secara lintas langsung kepada pengamal media di luar negara.

Peranti ramping, dengan rekaan yang ergonomik serta gelas belakang melengkung dengan ciri tiga dimensi (3D) itu boleh didapati dalam tiga warna unik seperti Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink.

Telefon pintar Galaxy A9 turut direka dengan fungsi yang lebih mudah untuk digunakan terutamanya dengan aplikasi dalaman seperti Samsung Bixby, Samsung Pay dan Samsung Health.

Galaxy A9 boleh mula dibeli di sini tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, layari: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a9-a920/SM-A920FZBDXME/.

-- BERNAMA





 
 
 

       Berita Utama Terdahulu