malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

8 kanak-kanak maut, empat cedera ditimpa dinding rumah di Pakistan

Tarikh kemaskini: 11/10/2018
 
ISLAMABAD, 11 Okt (Bernama) -- Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak maut manakala empat lagi cedera pada Khamis selepas dinding sebuah rumah tumbang dan menimpa mereka di wilayah Sindh yang terletak di selatan Pakistan, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Mangsa yang maut terdiri daripada enam kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan, kesemua mereka berusia bawah 12 tahun.

Kesemua mangsa diisytiharkan meninggal dunia semasa tiba di sebuah hospital berhampiran.

Mangsa yang cedera di bahagian kepala dan tubuh dirawat di hospital sama.

Menurut laporan, kesemua kanak-kanak sedang bermain di kawasan berhampiran dinding itu apabila ia tumbang dan menimpa mereka di sebuah kampung dalam daerah Sukkur.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu