malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Masakan Sarawak menu istimewa di Kembali Food & Studio

Tarikh kemaskini: 10/10/2018
 

Antara menu istimewa yang disajikan di di Kembali Food & Studio. Selain menyajikan menu istimewa masyarakat borneo, Kembali Kembali Food & Studio juga menyediakan pelbagai menu istimewa yang lain seperti salted chicken wings, asam pedas ikan pari, kari kepala ikan salmon, chicken lobak dan pelbagai makanan yang lain dengan harga yang berpatutan.
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Anda tidak perlu ‘naik bilun’ ke Kuching untuk menikmati Laksa Sarawak yang lazat, atau mee kolok yang sedap kerana anda boleh mendapatkannya di Kembali Food & Studio, yang terletak di TTDI plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr. Ismail.

Kembali Food & Studio yang baru memulakan operasinya pada 27 September lepas menyajikan pelbagai pilihan makanan untuk mereka yang menginginkan kelainan.

Daripada masakan ala barat ke menu popular negeri Sarawak antaranya Laksa Sarawak, umai ikan salmon, Manok (ayam) pansuh dan mee kolok pasti dapat mengubat kerinduan anda kepada makanan ikonik negeri Sarawak.

Bukan hanya menyajikan menu istimewa masyarakat borneo, Kembali Kembali Food & Studio juga menyediakan pelbagai menu istimewa yang lain seperti salted chicken wings, asam pedas ikan pari, kari kepala ikan salmon, chicken lobak dan pelbagai makanan yang lain dengan harga yang berpatutan.

Yang lebih istimewa ialah terdapat pelbagai pilihan kek ‘homemade’ oleh cef berpengalaman seperti ‘caramelized brown sugar cake’, ‘Hawaiian style sponge cake’ dan ‘Swiss roll carrot’.

Jika anda mengidam masakan Sarawak dan pelbagai masakan panas yang lain jangan lupa berkunjung ke Kembali Food & Studio. Kunjungan anda ke situ pasti berbaloi dan anda mungkin ‘kembali’ lagi.

-- BERNAMA





 
 
 

       Berita Utama Terdahulu