malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Penggiat industri pelancongan perlu ambil peluang tingkat pertumbuhan sektor pelancongan

Tarikh kemaskini: 28/08/2018
 
SEREMBAN, 28 Ogos (Bernama) -- Penggiat industri pelancongan perlu mengenal pasti dan mengambil peluang baharu untuk meningkatkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan negara serta mencari penyelesaian bagi menghadapi cabaran yang mendatang, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau yakin penghasilan produk pelancongan dan pengalaman pengunjung yang berkualiti, di samping mengukuhkan produktiviti dan daya saing sektor pelancongan, akan memastikan pertumbuhan industri pelancongan terus rancak dan mampan.

"Melalui persekitaran perniagaan yang semakin mencabar serta ketidaktentuan ekonomi dan senario politik dunia, penyelesaian terbaik kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ialah dengan memberi tumpuan kepada membudayakan produktiviti. Komitmen untuk memacu produktiviti dan menghapuskan pembaziran serta aktiviti yang tidak memberi nilai tambah kepada pelanggan mestilah menjadi perhatian," katanya pada perasmian “Showcasing Tourism Products (STP) Negeri Sembilan” di sini, hari ini.
.....

 
 
 

       Berita Utama Terdahulu