Peruntukan RM111.47 juta untuk kemajuan sukan, pembangunan belia di Sabah [ 21m ago ]

Larian Perpaduan penutup Program Sukarelawan Belia ASEAN

Tarikh kemaskini: 18/08/2018
LANGKAWI, 18 Ogos (Bernama) -- Larian Perpaduan ASEAN yang disertai lebih 600 pelari di Kilim Karst Geoforest Park di sini hari ini melengkapkan Program Sukarelawan Belia ASEAN (AYVP) selama sebulan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Timbalan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) dan Prof Madya Dr Roslee Rajikan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) melepaskan peserta larian, yang dibahagikan kepada beberapa kategori.

Pengarah AYVP Prof Datuk Dr Rokiah Omar berkata sejumlah 50 sukarelawan belia daripada kalangan 10 negara anggota ASEAN mengambil bahagian dalam program tahun ini, bertemakan “Melindungi Warisan Semula Jadi ASEAN.”

Beliau berkata majlis penutupan akan dilakukan esok oleh Pro Canselor UKM Tunku Puteri Intan Safinaz Ibni Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Belia yang mengambil bahagian bukan hanya terhad kepada mempelajari dan melaksanakan apa yang telah mereka pelajari, tetapi turut menyumbang idea dan input lain untuk mengembangkan aktiviti ekonomi berasaskan komuniti di sini,” katanya.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu